NURI Seronok ke Sekolah ceriakan 1,000 murid darjah satu

NURI Seronok ke Sekolah ceriakan 1,000 murid darjah satu

SEBAHAGIAN murid darjah satu yang mengikuti program NURI Seronok ke Sekolah baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Komitmen memupuk kesedaran serta literasi kewangan sejak usia muda diteruskan Bank Rakyat menerusi penganjuran program NURI Seronok ke Sekolah.

Bank Rakyat dalam kenyataan berkata, inisiatif itu bertujuan memperkenalkan produk Akaun Simpanan-i Nuri Kids menerusi pendekatan yang mesra, interaktif dan menyeronokkan.

“Akaun Simpanan-i Nuri Kids diperkenalkan bagi kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah dengan minimum deposit serendah RM20 sebagai langkah memupuk budaya menabung sejak usia muda.

“Pembukaan akaun kini lebih mudah dan pantas melalui platform digital Bank Rakyat Quick (BRICK),” katanya.

Katanya, pendedahan itu membantu menyemai disiplin kewangan, tabiat menabung serta amalan berbelanja secara bijak sejak usia muda.

“Murid-murid turut diperkenalkan kepada konsep asas menabung dan perbelanjaan berhemah secara santai serta bersesuaian dengan usia mereka.

“Mereka didedahkan kepada pengalaman kewangan sebenar melangkaui pembelajaran bilik darjah, sekali gus menjadikan konsep pengurusan belanjawan dan aliran tunai lebih mudah difahami,” katanya.

Baru-baru ini, kira-kira 1,000 murid darjah satu di beberapa sekolah kebangsaan (SK) di Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Pulau Pinang disambut oleh maskot NURI bagi menceriakan hari pertama sesi persekolahan 2026.

Antara sekolah terlibat ialah SK Seri Saujana dan SK Seri Hartamas di Kuala Lumpur; Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Mak Mandin, Pulau Pinang serta SK Tanjong Karang, Selangor. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN