MCMC tarik balik sekatan ke atas Grok

MCMC tarik balik sekatan ke atas Grok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menarik semula sekatan akses sementara ke atas penggunaan aplikasi Grok di platform X selepas platform itu mengesahkan pelaksanaan langkah-langkah pencegahan dan keselamatan tambahan.

MCMC dalam kenyataan berkata, satu mesyuarat telah diadakan antara Kementerian Komunikasi, MCMC serta wakil platform X berhubung aplikasi Grok kelmarin.

“Mesyuarat berkenaan diadakan bagi mendapatkan penjelasan dan komitmen pihak platform X berhubung langkah pencegahan serta pematuhan undang-undang Malaysia, di mana pihak X telah mengesahkan bahawa langkah keselamatan yang diperlukan telah dilaksanakan terhadap aplikasi Grok.

“Sehubungan itu, setelah mengambil kira penjelasan dan pengesahan awal yang dikemukakan, MCMC telah menarik balik sekatan akses sementara yang dikenakan terhadap aplikasi Grok, tertakluk kepada pemantauan berterusan oleh pihak berkuasa.

“MCMC menegaskan bahawa keselamatan pengguna kekal sebagai keutamaan,” katanya.

Tambah MCMC, sebarang kegagalan pematuhan atau pelanggaran undang-undang Malaysia akan ditangani secara tegas selaras dengan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN