MA giat rangka perancangan menjelang Sukan SEA 2027

MA giat rangka perancangan menjelang Sukan SEA 2027

Manshahar Abdul Jalil
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Olahraga Malaysia (MA) kini giat melakukan perancangan mereka bagi menghadapi musim 2026 dengan keutamaan diberikan kepada tahun 2027 ketika Malaysia menjadi tuan rumah Sukan SEA.

Ketua jurulatih olahraga negara, Manshahar Abdul Jalil berkata, bengkel prestasi bakal diadakan dalam kalangan jurulatih untuk membentangkan perancangan mereka bagi menghadapi musim 2026 dan 2027.

Katanya, atlet negara perlu diberi pendedahan dengan menyertai kejohanan di luar negara sebagai persiapan menghadapi dua kejohanan besar, Sukan Komanwel Glasgow dan Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026.

“Itu pasti, sama ada pertandingan tempatan dan luar negara sebab kejohanan di luar negara ia lebih kompetitif dan memandangkan atlet kita perlu berada di tahap terbaik.

“Kita ada dua kejohanan besar iaitu Sukan Komanwel dan Sukan Asia. Kita akan beri tumpuan kepada Sukan Asia sebab tahapnya lebih kompetitif.

“Kejohanan-kejohanan lain sama ada dalam dan luar negara tetap kita sertai. Perancangan kita akan lakukan lebih menjurus kepada 2027 sebab waktu itu kita tuan rumah Sukan SEA,” katanya.

Sebagai rekod, kali terakhir Malaysia menganjurkan temasya dwitahunan itu pada 2017 yang menyaksikan negara muncul juara keseluruhan dengan 145 pingat emas.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN