Langkah Wei Chong-Kai Wun tersekat di suku akhir

Langkah Wei Chong-Kai Wun tersekat di suku akhir

Man Wei Chong dan Tee Kai Wun.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beregu lelaki No. 4 dunia, Man Wei Chong-Tee Kai Wun terkandas di suku akhir selepas tunduk kepada wakil tuan rumah, Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlavi Isfahani pada Kejohanan Badminton Indonesia Masters di Jakarta, Indonesia, hari ini.

Gandingan No. 2 Malaysia itu tewas straight set kepada Sabar-Moh Reza yang menghuni ranking No. 7 dunia 20-22, 19-21 dalam masa 38 minit.

Kekalahan itu menyaksikan Wei Chong-Kai Wun kini ditimpa enam kekalahan berturut-turut di tangan Sabar-Moh Reza berbalas satu kemenangan.

Satu-satunya kejayaan yang diukir Wei Chong-Kai Wun adalah pada separuh akhir Terbuka Indonesia, dua tahun lalu.

Sementara itu, dalam satu lagi aksi beregu lelaki, pasangan Korea Selatan/Malaysia, Choi Sol Gyu-Goh V Shem juga menerima nasib serupa dengan Wei Chong-Kai Wun.

Beregu ke-41 dunia itu kalah kepada beregu No. 28 dunia, Daniel Lundgaard-Mads Vatergaard dari Denmark 21-15, 20-22, 14-21 dalam masa 1 jam 1 minit.

Kekalahan itu meletakkan Sol Gyu-V Shem kini ketinggalan 0-1 di belakang Lundgaard-Vatergaard.

Pada separuh akhir, esok, Lundgaard-Vatergaard akan berdepan beregu Malaysia yang menghuni ranking No. 9 dunia, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani.

Kedua-dua beregu itu terikat dengan rekod pertemuan 2-2, tetapi, kelebihan psikologi berpihak kepada pasangan negara tersebut.

Dalam perlawanan terakhir di peringkat 32 terbaik Terbuka Malaysia, awal bulan ini, Sze Fei-Izzuddin menewaskan Lundgaard-Vatergaard 21-15, 21-13. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN