HSBC buka Pusat Premier baharu di Petaling Jaya

HSBC buka Pusat Premier baharu di Petaling Jaya

LINDA YIP (tiga dari kanan) bersama Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Hian Chong (tengah) dan Ketua Pegawai Eksekutif HSBC Bank Malaysia, Datuk Omar Siddique (kiri sekali) pada Majlis Pelancaran HSBC Premier Centre di Petaling Jaya hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: HSBC Bank Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam segmen perbankan premium apabila merasmikan pembukaan HSBC Premier Centre di Petaling Jaya, satu langkah strategik bagi memperluas perniagaan pengurusan kekayaan dan perbankan antarabangsa di negara ini.

Pembukaan pusat berkenaan mencerminkan keyakinan HSBC terhadap potensi pertumbuhan ekonomi Petaling Jaya sebagai hab pembinaan kekayaan, sejajar dengan peningkatan jumlah usahawan, profesional dan pemilik perniagaan berpendapatan tinggi di kawasan itu.

Ketua Kekayaan Antarabangsa dan Perbankan Premier, HSBC Bank Malaysia, Linda Yip berkata, Premier Centre ini dibangunkan khusus untuk memenuhi keperluan pelanggan HSBC premier yang mempunyai jumlah baki perbankan minimum RM300,000.

“Pusat ini menawarkan pengalaman perbankan eksklusif dengan tumpuan kepada penyelesaian kekayaan menyeluruh merangkumi pengumpulan aset, perlindungan serta perancangan legasi.

“Pembukaan pusat ini mencerminkan komitmen HSBC untuk membawa proposisi antarabangsa dan kepakaran pengurusan kekayaan global kami kepada pelanggan di Malaysia, khususnya di Petaling Jaya yang telah menjadi nadi pertumbuhan ekonomi Selangor,” katanya dalam ucapan selepas Majlis Pelancaran HSBC Premier Centre di Petaling Jaya semalam.

Menurut Linda, HSBC telah beroperasi di daerah ini sejak lebih 50 tahun lalu, bermula dengan penandatanganan perjanjian jual beli pada 1972.

“Hubungan jangka panjang dengan komuniti setempat, termasuk pelanggan merentas tiga generasi, menjadi asas kepada pengembangan Premier Centre ini.

“Petaling Jaya dikenal pasti sebagai hab penting bagi pembinaan kekayaan, didorong oleh pertumbuhan usahawan, profesional dan pemilik perniagaan yang membangunkan keluarga, perniagaan serta portfolio pelaburan mereka di bandar ini,” katanya.

Tahun lalu, HSBC turut memperkukuh penawaran HSBC Premier dengan fokus kepada empat tonggak utama iaitu kekayaan, kesihatan, perjalanan dan perkhidmatan antarabangsa.

Melalui Premier Centre, pelanggan mendapat akses kepada perancangan kewangan holistik, perlindungan kesihatan, faedah perjalanan eksklusif serta rangkaian perbankan antarabangsa HSBC di seluruh dunia.

“Strategi ini menyokong aspirasi HSBC untuk menjadi rakan kewangan yang dipercayai dalam keputusan hidup penting pelanggan, di samping mengukuhkan kedudukan kami sebagai pengurus kekayaan terkemuka di Malaysia,” tambahnya.

Dengan pembukaan pusat ini, HSBC berhasrat menawarkan perkhidmatan premier terunggul kepada para pelanggan, merangkumi empat tonggak iaitu kekayaan, kesihatan, perjalanan dan antarabangsa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN