KANGAR: Tahun Melawat Perlis (TMPs) 2024/2026 diberi nafas baharu dengan beberapa fokus diperkenal dan diberikan tumpuan dalam usaha menarik lebih ramai pelancong ke negeri ini. Menteri Besar, Abu Bakar Hamzah berkata, antara pembaharuan yang diperkenalkan itu meliputi pelancongan pengembaraan dan alam semula jadi, pelancongan agro dan gastronomi, santai dan relaksasi, destinasi ketenangan jiwa dan keindahan alam serta pelancongan membeli-belah dan warisan budaya. Beliau yakin, melalui usaha berterusan selain kempen dan…










