KUALA LUMPUR: Aktivis Pembela Tanah Air (PETA), Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard, memberi isyarat bahawa lebih banyak pendedahan berkaitan dakwaan penipuan dalam pembekalan dan perolehan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan diumumkan tidak lama lagi menerusi satu operasi khas dinamakan Ops Hiroshima. Beliau menjelaskan, Ops Hiroshima akan dijalankan untuk mendedahkan kontraktor yang didakwa terlibat dalam salah guna kuasa dan penipuan dalam perolehan ketenteraan. “Bersedialah kerana kami akan mendedahkan penyelewengan dalam pembekalan…










