Taktikal Emery genius - Watkins

Taktikal Emery genius – Watkins

OLLIE Watkins ketika beraksi menentang Chelsea dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stamford Bridge, semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Ollie Watkins muncul wira Aston Villa apabila dua golnya menewaskan Chelsea 2-1, hasil daripada perubahan taktikal bijak yang dilakukan bos Villa, Unai Emery ketika pasukan berada di bawah tekanan.

Watkins berkata bahawa kombinasi disiplin taktikal Emery dan peluang yang diberikan kepadanya sebagai pemain gantian membolehkan Villa menukar tekanan menjadi kemenangan yang penting.

“Emery menukar sistem kerana Chelsea bermain secara satu lawan satu. Kami mendapat satu pemain tambahan di bahagian serangan. Genius taktikal, saya katakan,” kata Watkins.

Walaupun Chelsea mendominasi penguasaan bola pada separuh masa pertama dengan 71 peratus dan 28 sentuhan di dalam kotak penalti lawan, Villa berjaya menukar momentum permainan selepas Emery membuat beberapa penggantian penting.

Watkins, yang masuk hanya empat minit sebelum jaringan pertama beliau, memanfaatkan peluang daripada sistem baharu itu untuk menyaingi penguasaan Chelsea dan menghasilkan gol penyamaan daripada rembatan semula penjaga gol.

Beliau kemudian menanduk masuk gol kemenangan pada minit ke-84 hasil sepakan sudut Youri Tielemans, sekali gus menutup kebangkitan Villa dengan jayanya.

Dalam masa yang sama, Watkins menyatakan kemenangan itu sangat menakjubkan biarpun beliau bermula di bangku simpanan.

“Kemenangan menakjubkan terutamanya buat diri saya. Keluar dari bangku simpanan dan meledak gol, perasaannya sangat hebat,” katanya.

Kemenangan itu menyaksikan Villa menyamai rekod kelab dengan 11 kemenangan berturut-turut dalam semua pertandingan, membuktikan keberkesanan perubahan taktikal Emery dan keupayaan Watkins sebagai pemain pemangkin kebangkitan pasukan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN