PETALING JAYA: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) berjaya menutup 3,634 tapak sampah haram di tujuh negeri, sekali gus memperkukuh pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, berkata pencapaian itu menunjukkan komitmen berterusan kerajaan dalam membanteras pembuangan sampah haram secara terancang dan berskala nasional melalui penguatkuasaan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007…










