Penyokong Najib berkumpul di Kompleks Mahkamah KL

Penyokong Najib berkumpul di Kompleks Mahkamah KL

GELAGAT dan reaksi penyokong Najib Razak yang hadir seawal 7 pagi bagi mendengar keputusan Titah Adendum di perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, hari ini. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Lebih 50 penyokong bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkumpul di pintu masuk Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur seawal pukul 7 pagi.

Mereka mengenakan pakaian bertemakan Justice4Najib dan TeamNajibRazak sambil melaungkan slogan “bebas Bossku” dan “bebas Najib”.

Kehadiran mereka dipercayai untuk memberikan sokongan kepada bekas Perdana Menteri itu yang akan mengetahui keputusan kes Titah Adendum.

Najib Razak tiba Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada pukul 8:40 pagi tadi dengan menaiki kenderaan Jabatan Penjara Malaysia, diiringi beberapa kenderaan lain dan difahamkan memasuki pintu pagar yang berbeza.

Hari ini, mahkamah akan memutuskan sama ada Titah Adendum yang membenarkan Najib menghabiskan baki hukuman di rumah atau di penjara, adalah sah atau sebaliknya.

Sekiranya Titah Adendum atau perintah tambahan itu sah, maka Najib akan pulang ke rumah untuk menjalani baki hukuman penjaranya sebelum dibebaskan sepenuhnya pada 23 Ogos 2028.

Namun sekiranya bekas Ahli Parlimen Pekan itu gagal membayar denda, hukuman penjaranya akan dilanjutkan sehingga Ogos 2029.

Andai keputusan tidak memihak kepadanya, bekas Presiden UMNO itu akan pulang ke Penjara Kajang untuk meneruskan hukumannya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN