PETALING JAYA: Malaysia memerlukan sebuah Ombudsman yang benar-benar bebas, berkuasa untuk berfungsi dengan betul dan bukannya sekadar penjenamaan semula kepada Biro Pengaduan Awam (PCB). Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, beliau konsisten menyuarakan mengenai keperluan penubuhan Ombudsman Malaysia sejak tahun 2017 namun tiada sambutan ketika itu. Katanya, beliau menyambut baik pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai hasrat kerajaan untuk menubuhkan badan bebas itu namun…









