Norris rangkul gelaran dunia F1 buat kali pertama

Norris rangkul gelaran dunia F1 buat kali pertama

Lando Norris hanya dipisahkan dua mata dengan Max Verstappen untuk bergelar juara dunia 2025. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ABU DHABI: Lando Norris menamatkan kemarau gelaran buat McLaren apabila muncul juara dunia Formula Satu 2025 selepas menamatkan perlumbaan terakhir musim di tempat ketiga.

Pada aksi penutup musim di Litar Yas Marina, Norris, 26, sah bergelar juara selepas mengumpul dua mata lebih daripada pencabar terdekatnya, Max Verstappen.

Verstappen memenangi perlumbaan berkenaan dengan penuh dominan namun gagal menggugat kedudukan Norris yang kekal tenang sepanjang 58 pusingan.

Rakan sepasukan Norris, Oscar Piastri, memintas awal dan menamatkan perlumbaan di tempat kedua sekali gus memastikan McLaren menguasai podium.

Ferrari cuba mencuri tumpuan apabila Charles Leclerc memberi tekanan, namun gagal memintas Norris biarpun berada dalam jarak DRS hampir setiap lap.

Drama berlaku apabila Yuki Tsunoda dikenakan penalti lima saat kerana aksi bertahan agresif yang hampir menggugat usaha Norris.

Mercedes tampil longlai dengan George Russell jauh ketinggalan dan Lewis Hamilton sekadar menamatkan saingan di luar kelompok lima terbaik.

Norris menjadi juara dunia pertama McLaren sejak Lewis Hamilton pada 2008 sekali gus mencetak sejarah besar buat kariernya tahun ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN