PETALING JAYA: Majlis Amanah Rakyat (Mara) bakal memperkenalkan garis panduan khusus bagi menyelaras semua kutipan yuran atau bayaran tambahan yang dikenakan oleh Muafakat iaitu badan setara Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM). Pengerusinya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, garis panduan itu merangkumi aspek peraturan, tatacara dan kawal selia berkaitan semua kutipan serta perbelanjaan melibatkan ibu bapa. Katanya, semua pendapatan dan perbelanjaan Muafakat akan…










