Kerajaan akan terus kerja dengan amanah, berani, ihsan - PM

Kerajaan akan terus kerja dengan amanah, berani, ihsan – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa kerajaan pentadbirannya akan terus bekerja dengan amanah, berani dan ihsan bagi menjamin masa depan negara.

Beliau berkata, Kerajaan Madani juga beriltizam melaksanakan tanggungjawab dengan penuh kejujuran demi memberikan manfaat yang nyata kepada rakyat serta menjamin masa depan negara yang lebih terjamin dan sejahtera.

“Kita melangkah ke tahun baharu dengan semangat kebersamaan yang utuh dan tekad yang jitu untuk terus memperkukuh perpaduan, memaknai reformasi secara berterusan, serta memastikan kemakmuran negara dapat dirasai oleh segenap lapisan rakyat Malaysia,” katanya.

Dalam kenyataan Perutusan Tahun 2026, Perdana Menteri turut mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk bergerak berganding bagi menjayakan dasar Malaysia Madani.

“Marilah kita bergerak sederap, menyatukan langkah dan tekad, untuk menjayakan Malaysia MADANI yang lebih adil, makmur dan berdaya tahan demi mengangkat martabat negara ke tahap yang lebih tinggi serta memastikan kemakmuran yang inklusif untuk rakyat keseluruhannya.

“Semoga tahun 2026 ini menjadi tahun yang lebih cemerlang serta bermakna buat kita seluruh rakyat Malaysia. Saya dan (Datuk Seri Dr. Wan) Azizah (Wan Ismail) mendoakan agar negara tercinta ini terus kekal aman, harmoni dan makmur,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×