PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa kerajaan pentadbirannya akan terus bekerja dengan amanah, berani dan ihsan bagi menjamin masa depan negara. Beliau berkata, Kerajaan Madani juga beriltizam melaksanakan tanggungjawab dengan penuh kejujuran demi memberikan manfaat yang nyata kepada rakyat serta menjamin masa depan negara yang lebih terjamin dan sejahtera. “Kita melangkah ke tahun baharu dengan semangat kebersamaan yang utuh dan tekad yang jitu untuk terus…








