KUALA LUMPUR: Syarikat pengurusan acara, Creative Creed Associates (Creative Creed) merancang untuk menjalin kerjasama strategik bersama syarikat terkemuka di Indonesia iaitu GM Production. Kerjasama bersama syarikat yang menjalankan perniagaan serupa di Indonesia itu merupakan sebahagian daripada langkah pengembangan Creative Creed ke peringkat antarabangsa. Rancangan kerjasama berkenaan dizahirkan menerusi sesi perbincangan awal yang diadakan pada 17 Disember lalu. Pengarah Urusan Creative Creed, Syaiful Bakhtiar Salim berkata, perbincangan itu melibatkan pertemuan dua…










