SEPANGGAR: Parti Warisan yakin parti itu berupaya membentuk kerajaan tunggal di Sabah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang, menjadikan aspirasi tersebut sebagai hala tuju utama perjuangan Warisan. Timbalan Presiden Warisan, Datuk Darell Leiking berkata, Sabah pernah melalui pentadbiran kerajaan tunggal sebelum ini dan pengalaman itu membuktikan kestabilan lebih mudah dicapai tanpa kebergantungan kepada gabungan yang rapuh. “Kita pernah melalui sebuah kerajaan tunggal yang memimpin Sabah. Kita juga pernah melihat…










