KOTA KINABALU: Datuk Ewon Benedick merupakan antara 25 calon mewakili Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah. Menurut Ewon, beliau memimpin calon-calon UPKO ini untuk memperjuangkan manifesto dan agenda ‘Sabah First’ sepertimana dalam Perjanjian Malaysia 1963 dan hak-hak Sabah dalam Perlembagaan Persekutuan. “Saya juga akan memimpin calon-calon UPKO ini menawarkan kepimpinan berprinsip dengan tanda aras serta petunjuk prestasi kepada setiap mereka agar sentiasa melakukan yang terbaik…









