Sinner akhiri musim 2025 dengan cemerlang

Sinner akhiri musim 2025 dengan cemerlang

JANNIK SINNER - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TURIN: Jannik Sinner menutup tirai 2025 dengan cemerlang selepas menewaskan Carlos Alcaraz untuk mempertahankan gelaran Pusingan Akhir ATP, semalam.

Pemain Itali itu meraih kemenangan straight set 7-6 (7/4), 7-5 untuk menutup musim bersejarah yang menyaksikannya muncul selaku pemain Itali pertama memenangi Wimbledon.

“Musim yang menakjubkan. Tahun ini mara ke empat final Grand Slam, datang ke sini, menang di sini dan menamatkan tahun dengan rentetan kemenangan yang besar, ia sangat menakjubkan.

“Apapun, saya merasakan sesuatu yang lebih baik berbanding tahun lalu, saya fikir itu yang paling utama. Ia semua satu proses.

“Saya sering percaya yang sekiranya kamu terus berusaha dan cuba menjadi lebih baik, hasilnya akan tiba juga nanti. Tahun ini, ia seperti itu,” kata Sinner.

Sinner terbaring puas selepas mengesahkan kemenangannya di kejohanan penutup musim itu, di mana dia tidak pernah kalah sejak ditewaskan di final 2023 oleh Novak Djokovic.

Kemenangan itu menutup tahun penuh cabaran buat Sinner, yang terpaksa bangkit daripada penggantungan selama tiga bulan.

Namun, Agensi Anti Dadah Dunia (WADA) menerima pemain Itali itu secara tidak sengaja tercemar dengan bahan terlarang clostebol pada Mac 2024.

“Banyak yang bermain di fikiran saya, tapi pada masa sama saya cuba fokus. Ada banyak tekanan ketika saya hampir tewas, tapi selepas kemenangan ini, saya rasa lega,” tambah Sinner. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN