KUCHING: Kerjasama dalam bidang kraf tangan, pelancongan dan pemeliharaan warisan budaya terus memperkukuhkan hubungan antara Sarawak dan Pahang. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata jalinan itu bukan sahaja memberi manfaat bersama, malah menonjolkan keunikan identiti masyarakat berbilang kaum dan agama yang patut dihargai serta diketengahkan kepada masyarakat tempatan dan antarabangsa. “Kepelbagaian budaya serta hasil kraf tangan seperti tenunan songket, pua kumbu, kraf rotan dan manik…










