PETALING JAYA: Ribut tropika Senyar dijangka membawa impak hujan lebat berterusan kepada negara bermula tengah malam ini. Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), Dr. Mohd. Hisham Mohd. Anip berkata, antara negeri yang dijangka menerima impak ribut tersebut ialah Perak, Selangor dan sebahagian kawasan di Pahang. Beliau berkata, ribut itu sudah melanda sejak pukul 3.30 petang tadi di Indonesia, sebelum dijangka melanda Semenanjung Malaysia dan kemudian bergerak ke Laut China…










