BAKU: Pemain gantian Alejandro Garnacho memastikan Chelsea tidak pulang dengan tangan kosong
apabila meledak gol penyamaan untuk memastikan kelab London itu membawa pulang satu mata selepas seri 2-2 menentang Qarabag dalam aksi Liga Juara-Juara, awal pagi tadi.
Pada aksi di Stadium Republik Tofig Bahramov, bekas penyerang Manchester United itu menyamakan kedudukan pada minit ke-53 menerusi rembatan kaki kiri, yang menyaksikan pasukan bimbingan Enzo Maresca bergelut dalam perlawanan itu.
Chelsea mendahului seawal minit ke-16 menerusi jaringan pemain muda Brazil, Estevao, namun Qarabag bangkit dengan penuh semangat di hadapan penyokong mereka.
Gol penyamaan kelab Azerbaijan itu hadir menerusi Leandro Andrade pada minit ke-29 yang menyambar bola muntah selepas percubaan Camilo Duran terkena tiang.
Empat minit sebelum rehat, Qarabag di depan apabila Marko Jankovic menyempurnakan sepakan penalti selepas bola terkena tangan pertahanan muda Chelsea, Jorrel Hato.
Keputusan seri ini menyaksikan kedua-dua pasukan kini mengumpul tujuh mata selepas separuh aksi peringkat kumpulan, dengan Qarabag mencipta keputusan bersejarah selepas sebelum ini tewas agregat 10-0 kepada Chelsea pada musim 2017-18.-AGENSI










