KUALA LUMPUR: Program advokasi kanak-kanak di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) diiktiraf The Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai Program Advokasi Perlindungan Kanak-kanak Terbesar dengan penyertaan 128,148 kanak-kanak di seluruh negara. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad berkata, program itu bukan sahaja mencapai sasaran awal malah melepasi petunjuk prestasi utama (KPI) nasional melibatkan sekolah dan Pusat Aktiviti Kanak-Kanak (PAKK). “Sasaran asal 300 sekolah dan…










