PRN Sabah: Lewat punca 2 calon gagal serah pencalonan

PRN Sabah: Lewat punca 2 calon gagal serah pencalonan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Gara-gara datang lewat ke pusat penamaan calon (PPC), dua calon daripada Parti Damai Sabah (SBP) gagal menyerahkan borang pencalonan untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah

Abdul Hata Abdul Hala gagal menyerahkan borang pencalonan untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulabayan kerana tiba di Pusat Penamaan Calon di Dewan Arena Masyarakat Semporna selepas pukul 10 pagi.

Begitu juga, seorang lagi calon iaitu Ahmad Daud Awang yang menyerahkan borang pencalonan di pusat pencalonan sama apabila dia berhasrat untuk bertanding di DUN Bugaya dalam Parlimen Semporna.

Sebaik proses penamaan calon berakhir pada pukul 10 pagi, maka kempen PRN Sabah bermula selama 14 hari, iaitu hingga pukul 11.59 malam pada 28 November seperti ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN