KUALA LUMPUR: Mesyuarat Menteri-menteri Pertahanan ASEAN Plus (ADMM+) Ke-12 yang berlangsung hari ini menjadi medan untuk membincangkan perbezaan pandangan secara terbuka, bukan sekadar tempat untuk menyentuh isu keselamatan serantau. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, mesyuarat itu menekankan kepentingan keterlibatan berterusan semua pihak dalam semangat persefahaman dan keamanan serantau. “Kepada rakan-rakan kerjasama kami, mesejnya jelas, teruslah berinteraksi dengan ASEAN melalui nilai-nilai, prinsip dan komitmen kita terhadap keamanan,” katanya…








