PETALING JAYA: Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan pemaju induk dari Arab Saudi, RUA AlHaram AlMakki bagi menyertai pembangunan Pintu Gerbang Raja Salman (King Salman Gate) di Mekah. Mewakili salah satu destinasi bercampur di Mekah dan terletak bersebelahan Masjidil Haram, pembangunan King Salman Gate secara keseluruhannya merangkumi keluasan lantai kira-kira 12 juta meter persegi. Ia direka sebagai destinasi moden mesra pejalan kaki yang bakal mempertingkatkan pengalaman…










