Mangsa banjir terus meningkat kepada lebih 8,131 orang

Mangsa banjir terus meningkat kepada lebih 8,131 orang

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jumlah mangsa banjir di enam negeri terus merekodkan peningkatan kepada 8,131 orang membabitkan 2,896 keluarga yang ditempatkan di 42 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 6.00 petang tadi.

Menurut laman web Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kelantan mencatatkan jumlah tertinggi dipindahkan ke 31 PPS di empat daerah membabitkan 7,395 mangsa daripada 2,679 keluarga.

Empat daerah di Kelantan yang teruk terjejas ialah Tumpat dengan 4,096  mangsa) diikuti Bachok (1,374), Kota Bharu (1,814) dan Pasir Puteh (111).

Sementara itu, di Terengganu, mangsa banjir terus meningkat di Besut membabitkan seramai 314 mangsa daripada 92 keluarga.

Di Kedah pula, bilangan mangsa banjir juga meningkat kepada 286 orang daripada 82 keluarga yang dipindahkan ke tiga PPS di daerah Kulim.

Sarawak juga melaporkan banjir di Miri dengan membabitkan seramai 44 mangsa daripada enam keluarga yang ditempatkan di satu PPS di daerah berkenaan.

Daerah Padang Besar, Perlis juga mencatatkan jumlah mangsa banjir di mana seramai 55 mangsa daripada 17 keluarga dipindahkan di tiga PPS, manakala di Seberang Perai Utara, Pulau Pinang mencatatkan 101 mangsa daripada 24 keluarga di tempatkan di dua PPS. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN