KIMANIS: Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) merancang mewujudkan Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) Kemas khusus untuk kanak-kanak autisme di Kota Kinabalu dan Sandakan bermula tahun depan. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, bagi tahun 2026, pihaknya juga akan meneliti keperluan membina sebuah lagi tabika konsep sama di Tawau. “Untuk Sabah, kita akan beri keistimewaan untuk mewujudkan dua tabika dahulu, satu di Kota Kinabalu dan satu lagi…










