NOTTINGHAM: Manchester United terpaksa berpuas hati dengan satu mata selepas diikat Nottingham Forest 2-2 dalam aksi Liga Perdana Inggeris di City Ground, semalam.
United dilihat berada di landasan tepat untuk meraih empat kemenangan berturut-turut buat kali pertama sejak Februari lalu apabila tandukan Casemiro membuka tirai jaringan pada separuh masa pertama.
Namun, dua gol pantas Forest dalam tempoh dua minit hampir memusnahkan impian The Red Devils.
Segalanya berubah apabila Amad Diallo muncul wira penyelamat dengan satu sepakan voli menakjubkan, memastikan United pulang dengan satu mata berharga setahun tepat selepas Amorim dilantik sebagai pengurus kelab gergasi itu.-AGENSI










