PETALING JAYA: Lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selama tiga hari ke Korea Selatan berjaya menjana komitmen eksport lebih setengah bilion membabitkan sektor ammonia hijau dan urea mampan. Ia merupakan hasil kerjasama dengan Namhae Corporation, pengeluar terbesar baja kimia dan produk kimia dari Korea Selatan. Beliau berkata, kerjasama JS Link dengan Lynas Malaysia pula membabitkan pembinaan fasiliti pembuatan super magnet bernilai RM600 juta, sekali gus memperkukuh rantaian bekalan mineral…










