Usahawan India diminta manfaat skim pembiayaan disedia kerajaan 

Usahawan India diminta manfaat skim pembiayaan disedia kerajaan 

SUNDARAJOO (duduk, tengah) ketika menghadiri program Taklimat Skim Pembiayaan Tekun Nasional di Komtar, George Town, Pulau Pinang. - UTUSAN/DANIAL SAAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Usahawan India di negeri ini diminta memanfaatkan pelbagai kemudahan pembiayaan dan geran yang disediakan kerajaan negeri untuk mengembangkan perniagaan mereka.

Exco Kerajaan Negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perai, Datuk Seri S. Sundarajoo berkata, pihaknya mendapati masih ramai usahawan berkenaan tidak mengetahui kewujudan kemudahaan dan geran disediakan oleh kerajaan negeri untuk membantu mereka mengembangkan perniagaan.

Beliau berkata, bagi meningkatkan kesedaran dalam usahawan terbabit, kerajaan negeri telah mengadakan sesi taklimat skim pembiayaan yang ditawarkan oleh agensi-agensi kerajaan untuk membantu mereka.

“Ramai (usahawan India) sebenarnya pandai berniaga, tetapi apabila hendak mula, timbul masalah modal. 

“Ada yang tidak tahu ke mana hendak mendapatkan bantuan kewangan dan sebagainya, sedangkan, kerajaan telah menyediakan pelbagai bentuk sokongan seperti geran yang tidak perlu dibayar balik serta pinjaman dengan kadar faedah rendah untuk direbut,” katanya merasmikan program Taklimat Skim Pembiayaan Tekun Nasional di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini.

Sundarajoo berkata, sesi taklimat yang dianjurkan memberi ruang kepada usahawan terutama yang berkecimpung dalam Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) untuk memahami kaedah mendapatkan pembiayaan yang sesuai.

“Ia bagi (membantu) perniagaan mereka selain membantu peniaga sedia ada meningkatkan prestasi perniagaan dan menggalakkan lebih ramai menceburi bidang keusahawanan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN