Hukuman lebih berat jika FAM kalah di CAS

Hukuman lebih berat jika FAM kalah di CAS

Hannah berkata, AFC sudah maklumkan kepada FIFA untuk membuat keputusan sebelum 31 Mac 2026 iaitu tarikh akhir perlawanan kelayakan Piala Asia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan tujuh pemain Harimau Malaya berisiko berdepan hukuman lebih berat jika gagal dalam rayuan di Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).

Menurut Hannah, CAS boleh menyarankan kepada FIFA untuk meningkatkan denda dan penggantungan jika FAM tidak berjaya di peringkat tersebut

“Jika FAM kalah di CAS, FIFA tribunal akan bermesyuarat untuk mengambil keputusan berhubung status tujuh pemain berkenaan sama ada boleh bermain untuk Malaysia atau tidak.

“Keputusan itu boleh dirayu oleh FAM ke CAS sekali lagi, selepas itu ia akan dipanjangkan ke AFC untuk tindakan selanjutnya dalam konteks perlawanan kelayakan Piala Asia.

“Jika keputusan berhubung pemain itu tidak berubah, Jawatankuasa Disiplin AFC pula akan mengambil keputusan,” katanya.

Hannah berkata, AFC sudah maklumkan kepada FIFA untuk membuat keputusan sebelum 31 Mac 2026 iaitu tarikh akhir perlawanan kelayakan Piala Asia.

“Jika FAM masih kalah di peringkat CAS, mengikut peraturan sedia ada di AFC, keputusan perlawanan (kelayakan Piala Asia) akan dikira terbatal dan pasukan lawan akan diberikan tiga mata dan tiga gol,” tambahnya.

Malah, katanya Jawatankuasa AFC berhak jatuhkan hukuman lain selain daripada potongan mata.

Hannah berkata demikian ketika menggulung Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2026 Kementerian Belia dan Sukan peringkat Jawatankuasa di Dewan Rakyat, hari ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN