BANGI: Seorang graduan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menempuh detik sukar dalam perjalanannya mendapatkan segulung Ijazah selepas kematian ayahnya dan diikuti ibunya yang jatuh sakit. Penerima Anugerah Tun Abdul Razak, Syed Zuliqbal Syed Abd Halim berkata, dia menghadapi masalah pembelajaran ketika di bangku sekolah. Menurutnya, dia membantu keluarga untuk menjaga arwah ayahnya sejak darjah tiga sehingga tingkatan satu, lalu menyebabkan dirinya terlepas waktu persekolahan hingga menyebabkan pembelajarannya merosot pada ketika itu.…










