PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan paras bahaya sehingga 28 November di beberapa kawasan di Terengganu. MetMalaysia dalam kenyataan berkata, antara daerah yang diramalkan dilanda hujan lebat berterusan termasuk Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu. Selain itu katanya, amaran hujan berterusan tahap buruk di Kelantan selain tiga di daerah di Terengganu iaitu Hulu Terengganu; Marang, Dungun dan Kemaman sehingga hari ini juga dikeluarkan. Katanya, tiga…










