KUALA LUMPUR: Sesi perbahasan Dewan Rakyat hari ini bertukar kecoh apabila seorang ahli Parlimen pembangkang mendakwa wujud amalan rasuah dalam PKR. Kekecohan bermula apabila Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh (PN-Besut) membangkitkan isu peletakan jawatan Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin semalam. Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu), kemudian mencelah dengan bertanya sama ada Che Mohamad Zulkifly bersetuju bahawa wujud rasuah dalam…










