Cubaan seludup bunga ganja RM6.2 juta digagalkan Kastam

Cubaan seludup bunga ganja RM6.2 juta digagalkan Kastam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Cubaan menyeludup 67.48 kilogram (kg) bunga ganja dianggarkan bernilai RM6.2 juta gagal selepas Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kedah melakukan serbuan di kawasan Tambak Persisiran Pantai Bukit Putih, Kuala Perlis, pada 13 Oktober lalu.

Serbuan kira-kira pukul 10 malam dijalankan hasil maklumat risikan Pasukan Risikan Ibu Pejabat JKDM dengan kerjasama Cawangan Penguatkuasaan Marin Langkawi dan pasukan elit Pasukan Tempur Operasi Medan Kastam (COBRA).

Pengarah Kastam Kedah, Wan Marini Wan Hamzah berkata, hasil pemeriksaan menemukan sebuah sampan kayu yang ditinggalkan bersama empat guni bertulisan Thailand berisi bahan disyaki dadah jenis bunga ganja.

“Pemeriksaan lanjut ke atas guni berkenaan menemui dadah jenis bunga ganja seberat 67.48 kilogram dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM6,209,816.

“Siasatan awal mendapati dadah berkenaan dipercayai dibawa masuk dari negara jiran menggunakan sampan kayu,” katanya dalam kenyataan 

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana kesalahan mengedar dadah berbahaya.

“Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan tidak kurang 15 sebatan jika tidak dijatuhkan hukuman mati,” katanya.

JKDM turut menggesa orang ramai membantu pihak berkuasa memerangi jenayah penyeludupan termasuk rokok, minuman keras, mercun, dadah dan kenderaan dengan menyalurkan maklumat kepada talian bebas tol kastam 1-800-88-8855 atau Pejabat Kastam terdekat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×