Cklamovski harap kecederaan Arif Aiman tidak serius

Cklamovski harap kecederaan Arif Aiman tidak serius

Cklamovski mengakui ketiadaan Arif Aiman memberi kesan kepada permainan Harimau Malaya, namun beliau gembira apabila barisan pemain lain menunjukkan kerjasama berpasukan yang bagus untuk meraih kemenangan 1-0 dalam perlawanan itu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tahap kecederaan dialami tonggak Harimau Malaya, Arif Aiman Hanapi ketika menentang Nepal di Stadium Nasional, Bukit Jalil semalam masih menjadi tanda tanya.

Pengendali Harimau Malaya, Peter Cklamovski berkata, pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) itu akan menjalani proses imbasan untuk mengetahui tahap kecederaan yang dialaminya.

“Saya tak boleh jelaskan (tahap kecederaan Arif Aiman), saya terus (ke bilik sidang media) dari padang. Namun, saya akan dapatkan kemas kini daripada pasukan perubatan. Dia akan jalani imbasan esok (semalam).

“Saya hanya sempat lihat dia sebentar pada separuh masa, tetapi saya tak pasti. Ia berlaku di seberang padang, jadi saya tak nampak dengan jelas, tetapi kita harap dia tiada apa-apa,” katanya.

Pada aksi kelima Kumpulan F Kelayakan Piala Asia 2027 itu, Arif Aiman hanya sempat beraksi kira-kira lapan minit sebelum terpaksa dikeluarkan dan tempatnya digantikan dengan penjaring gol tunggal perlawanan, Faisal Halim.

Cklamovski mengakui ketiadaan Arif Aiman memberi kesan kepada permainan Harimau Malaya, namun beliau gembira apabila barisan pemain lain menunjukkan kerjasama berpasukan yang bagus untuk meraih kemenangan 1-0 dalam perlawanan itu.

“Inilah yang saya suka mengenai bola sepak, kerana ia mencabar kami, mencabar kami dengan pelbagai cara. Itu mentaliti kami, tidak kira siapa yang bermain, kami tahu apa yang perlu dilakukan.

“Malangnya Arif terpaksa dikeluarkan. Saya belum mendapat apa-apa kemas kini mengenai Arif, tetapi ia satu pengajaran yang baik untuk kami semua bahawa kami adalah sebuah pasukan.

“Mickey (Faisal) masuk, lakukan tugasnya, semua pemain gantian masuk dan beri impak sebagai satu pasukan. Saya bangga dengan semua pemain dan staf. Mereka amat komited, fokus sepanjang kem latihan untuk 90 minit perlawanan ini dan kami mendapat hasilnya,” jelasnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN