PETALING JAYA: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Selangor mengumumkan beberapa pelantikan baharu bagi jawatan utama kepemimpinannya. Ketua Badan Pimpinan Negeri (BPN) Bersatu Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, Ahli Dewan Undangan (ADUN) Morib, Rosnizan Ahmad telah dilantik sebagai Setiausaha BPN Selangor. Selain itu, Ketua Bersatu Bahagian Kapar, Jumiah Jonet dilantik sebagai bendahari manakala ADUN Sungai Kandis yang juga Ketua Bersatu Bahagian Kota Raja, Wan Dzahanurin Ahmad dilantik sebagai Ketua…










