GEORGE TOWN: Kapasiti Empangan Teluk Bahang kini mencapai tahap 82.4 peratus susulan hujan berterusan sejak awal September sekaligus menandakan situasi bekalan air di Pulau Pinang berada pada tahap selamat menjelang musim kering 2026. Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), Datuk Ir. K. Pathmanathan berkata, peningkatan itu dicatat pada 7 November lalu selepas kawasan tadahan air (KTA) empangan berkenaan menerima jumlah hujan sebanyak 989 milimeter dalam tempoh 88…










