Bawah umur pilih nikah di Siam

Bawah umur pilih nikah di Siam

AHMAD Fahmi Ahmad Sarkawi menanam pohon mangga di Santitham Wittaya School selepas merasmikan forum anjuran Persatuan Alumni Universiti-universiti Malaysia di Thailand di Yala, Thailand. – UTUSAN/RAZALI ZAKARIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YALA (THAILAND): Konsulat Malaysia di Songkhla mengesahkan terdapat pasangan rak­yat Malaysia yang di bawah umur bernikah di negara ini khusus­nya melibatkan kawasan Selatan Thai iaitu Pattani, Narathiwat dan Yala.

Konsul General Malaysia di Songkhla, Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi berkata, perkara tersebut dikesan selepas pasa­ngan itu tampil ke pejabat untuk mendaftar dan memohon pengesahan perkahwinan.

Katanya, kebanyakan pernikahan bawah umur itu melibatkan pasangan pengantin perempuan berusia 14, 15 dan 16 tahun.

“Walaupun melibatkan kes terpencil, perkara ini memang berlaku. Kebanyakan pasangan bawah umur ini datang sendiri bersama ibu bapa mereka ke konsulat untuk mendaftar pernikahan.

“Bagaimanapun, ada pengantin dari Malaysia berusia lebih 35 tahun yang bernikah dengan pasangan warga Thailand berusia 14 tahun,” katanya kepada ketika ditemui Utusan Malaysia selepas merasmikan forum anjuran Persatuan Alumni Universiti-universiti Malaysia di Thailand (MUAT) di sini, semalam.

Ahmad Fahmi berkata, pihak konsulat hanya mengeluarkan surat pengesahan dokumen pernikahan dikeluarkan majlis agama Islam di Selatan Thai.

Katanya, bagaimanapun maj­lis agama Islam di Selatan Thai mempunyai hak untuk mela­rang atau menolak pernikahan bawah umur.

“Pejabat konsulat adalah tempat untuk mereka daftar pernikahan dan mendapatkan surat pengesahan keaslian dokumen dikeluarkan majlis agama Islam. Kami hanya mengeluarkan surat pengesahan keaslian dokumen nikah yang akan mereka gunakan.

“Jadi, apabila dapat surat pengesahan berkenaan mereka boleh balik dan mendaftar perkahwinan itu di pejabat agama Islam di Malaysia,” ujarnya.

Akhbar ini baru-baru ini mendedahkan, terdapat pasa­ngan bawah umur dari Malaysia yang cuba bernikah di Selatan Thai.

Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Wilayah Narathiwat (MAIWN), Abdul Aziz Che Mamat berkata, pihaknya bagaimanapun menolak permohonan pernikahan itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN