SEREMBAN: Sebanyak 15 pusat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berisiko terjejas banjir di Negeri Sembilan susulan kesan Monsun Timur Laut. Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS), Khalida Omar berkata, jumlah itu telah dikenal pasti pihaknya termasuk seramai 246 orang calon SPM yang berkemungkinan terkesan banjir. “Ia melibatkan semua daerah, senarai ini akan disemak dari semasa ke semasa. ‘Jika kawasan itu ditenggelami air, kami sudah ada lokasi alternatif. Sekolah berkenaan juga boleh…










