Tribunal Antibuli fokus pemulihan berbanding hukuman

Tribunal Antibuli fokus pemulihan berbanding hukuman

ZAMRI MISMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUBANG PASU: Rang Undang-Undang (RUU) Tribunal Antibuli yang dijangka dibentangkan pada 1 Disember depan akan memberi penekanan terhadap aspek pemulihan berbanding hukuman terhadap pelaku semata-mata.

Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Zamri Misman berkata, RUU tersebut bukan sahaja memberi penekanan dalam aspek pemulihan mangsa tetapi turut memulihkan pembuli itu sendiri.

“Ia lebih kepada perkara di bawah sivil yang mana terdapat dua peringkat iaitu pertamanya jawatankuasa antibuli yang berfungsi sebagai jawatankuasa disiplin di peringkat sekolah. 

“Sekiranya tiada jawatankuasa antibuli atau kejadian berlaku di luar sekolah seperti di kawasan perumahan, aduan boleh dikemukakan terus kepada Tribunal Antibuli yang diwujudkan melalui akta ini,” katanya selepas menghadiri Sesi Town Hall Antibuli di Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara di sini, hari ini.

Zamri berkata, cadangan mewujudkan tribunal tersebut turut mengambil kira keperluan mengendalikan kes-kes yang berlaku di sekolah swasta.

“Jika ada ibu bapa atau pihak-pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan jawatankuasa antibuli peringkat sekolah, mereka juga boleh mengemukakan aduan kepada tribunal berkenaan,” ujarnya.

Katanya, pelaksanaan tribunal itu masih belum dimuktamadkan namun dijangka akan diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Sementara itu, Zamri berkata, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) sedang berbincang dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi menyediakan platform aduan yang lebih mesra kanak-kanak. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN