PETALING JAYA: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mencemar duli berangkat menyempurnakan Majlis Pelancaran Wasco Forest Fasa Kedua di Mangala Estate Boutique Resort, Kuantan. Ketibaan Baginda berdua disambut Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail; Setiausaha Kerajaan Pahang, Datuk Seri Nazri Abu Bakar serta Pengerusi Yayasan Wasco, Datuk Mohamed Nizam Abdul Razak. Majlis perasmian ini merupakan inisiatif…