Skuad remaja negara tundukkan Kanada 2-0

Skuad remaja negara tundukkan Kanada 2-0

Oo Shan Zi menewaskan Jian Ying 18-7 untuk perseorangan Wanita dalam pusingan kedua peringkat Kumpulan C pada Kejohanan Remaja Dunia Berpasukan Campuran 2025 di Guwahati Assam, India, hari ini. - IHSAN BAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad badminton remaja Malaysia melakar kemenangan kedua selepas menumbangkan Kanada 2-0 dalam pusingan kedua peringkat Kumpulan C pada Kejohanan Remaja Dunia Berpasukan Campuran 2025 di Guwahati Assam, India, hari ini.

Kejohanan yang memperkenalkan format baharu itu, memerlukan pemain beraksi secara relay dengan sembilan mata maksimum wajib dikutip pemain dalam setiap acara.

Untuk relay pertama, beregu campuran, Datu Anif Isaac Datu Asrah-Low Zi Yu tidak berdepan masalah menewaskan Gabriel Ching-Jadalynn Lee 9-4, sebelum perseorangan perempuan, Eng Ler Qi meneruskan rentak kemenangan mengetepikan Fulgencia Simmons Zhang 18-8.

Perseorangan lelaki, Kong Wei Xiang yang menjadi pertaruhan negara selepas itu menundukkan Shaurya Gullaiya 27-15, manakala, beregu lelaki, Damien Ling-Irfan Muhammad Shazmir mengalahkan gandingan Kanada, Nathan Yan-Ethan Yen 36-17.

Beregu perempuan, Noraqilah Maisarah Ramdan-Nur Aina Maisarah Ramdan memastikan Malaysia mengutip satu mata selepas mereka menyingkirkan Catherine Pang-Lyric Su 45-20.

Dalam relay kedua, beregu campuran, Loh Zi Heng-Noraqilah Maisarah menumpaskan Ethan-Lucy Yang 9-5 dan Oo Shan Zi menewaskan Jian Ying 18-7 untuk perseorangan wanita.

Razeeq Danial Roslie yang diturunkan bagi perseorangan lelaki pula mengalahkan Asher Bedi 27-10, manakala, beregu lelaki, Loh Zi Heng-Tan Zhi Yang mengetepikan Nathan-Ethan 36-14.

Gandingan perempuan, Joinne Lee-Zi Yu pula menutup aksi negara dengan kemenangan ke atas Jadalynn-Thalia Leann Se 45-16.

Semalam, skuad muda Malaysia mengutip mata pertama selepas mengetepikan Slovakia juga dengan keputusan 2-0, selepas kesemua wakil negara meraih kemenangan ke atas lawan masing-masing.

Zhi Yang yang beraksi dalam sektor beregu lelaki berkata, format sembilan mata menjadikan perlawanan sangat laju dan dia perlu segera menyesuaikan diri dengan suasana dalam gelanggang.

“Masuk gelanggang terus serang, tak boleh bermain perlahan. Saya masih perlu memperbaiki beberapa kelemahan terutama di awal permainan,” katanya ketika ditemu bual selepas perlawanan berakhir, semalam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN