Mahkamah Beijing perintah Malaysia Airlines bayar waris MH370 AS$410,000

Mahkamah Beijing perintah Malaysia Airlines bayar waris MH370 pampasan AS$410,000

ORANG ramai menulis ucapan dan harapan mereka, menandakan tahun ke-10 sejak pesawat Malaysia Airlines, MH370 dilaporkan hilang, di Subang Jaya pada 3 Mac 2024.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Mahkamah di Beijing mengarahkan Malaysia Airlines membayar pampasan melebihi 2.9 juta yuan (kira-kira AS$410,240) bagi setiap tuntutan kepada waris penumpang pesawat MH370, menurut laporan penyiar negara China, CCTV.

Difahamkan, keputusan tersebut membabitkan lapan kes yang dikemukakan oleh waris kepada lapan penumpang pesawat malang berkenaan.

Laporan sama menyebut, sebanyak 47 kes lain berkaitan tuntutan pampasan telah diselesaikan dan ditarik balik, manakala 23 kes lagi masih dalam proses perbicaraan di mahkamah.

Malaysia Airlines setakat ini belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung keputusan berkenaan apabila dihubungi untuk mendapatkan maklum balas.

Insiden kehilangan penerbangan MH370 kekal sebagai antara misteri terbesar dalam sejarah penerbangan dunia.

Pesawat yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu dilaporkan hilang pada 8 Mac 2014 ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN