PETALING JAYA: Siasatan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap ahli perniagaan yang kini diburu, Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan serta peguamnya telahpun selesai. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, siasatan berhubung kes pecah amanah melibatkan menantu kepada bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu telah lengkap sepenuhnya dengan semua saksi telah dirakam keterangan. “Siasatan sudah selesai. Semua kenyataan saksi telah diambil. Yang tinggal sekarang hanyalah menunggu…










