Sembilan delegasi flotila Malaysia bebas, dihantar ke Turkiye malam ini

Sembilan delegasi flotila Malaysia bebas, dihantar ke Turkiye malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kesemua sembilan delegasi Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Israel selepas menyertai misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition (FFC) dan Thousand Madleens to Gaza (TMTG) disahkan telah dibebaskan dan dijangka tiba di Istanbul, Turkiye sekitar pukul 7.30 malam ini waktu tempatan.

Ketua Pegawai Eksekutif Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), Kamarul Zaman Shaharul Anwar berkata, pengesahan rasmi mengenai perkara itu diterima daripada Wisma Putra petang ini.

Menurutnya, pihak MyCARE juga telah menghantar wakil ke Istanbul bagi menyambut kepulangan kesemua sembilan aktivis terbabit sebelum mereka berlepas pulang ke tanah air pada Ahad ini.

“Kami baru menerima pengesahan daripada Wisma Putra bahawa semua sembilan wakil Malaysia yang menyertai misi FFC – TMTG telah dibebaskan dan kini dalam perjalanan ke Istanbul.

“Pihak kami telah mengatur pasukan untuk menyambut mereka di Lapangan Terbang Istanbul dan memastikan urusan perjalanan pulang ke Malaysia berjalan lancar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Delegasi Malaysia yang terlibat ialah Profesor Emeritus Dr. Mohd Alauddin Mohd Ali, Dr. Fauziah Mohd Hassan, Dr. Maziah Muhammad, Dr. Hafiz Sulaiman, Dr. Ili Syakira Mohd Suhaimi, Dr. Mohd Afandi Salleh, Dr. Noorhasyimah Ismail, Norsham Abu Bakar dan wartawan Astro Awani, Syafik Shukri Abdul Jalil.

Kesemua mereka antara 145 aktivis antarabangsa yang ditahan tentera Israel selepas kapal konvoi kemanusiaan yang disertai mereka ditunda ke Pelabuhan Ashdod.

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan sembilan kapal yang menyertai misi kemanusiaan FFC-TMTG disahkan telah ditunda manakala kesemua aktivis di atas kapal berkenaan, termasuk sembilan rakyat Malaysia, dipindahkan ke Penjara Ketziot di Negev, Israel. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN