Semakin banyak PPS ditutup hari ini

Semakin banyak PPS ditutup hari ini

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Situasi banjir di utara Semenanjung semakin pulih dengan ramai mangsa yang terjejas mula pulang ke kediaman masing-masing.

Menurut portal Info Bencana Banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), setakat jam 4.30 petang, sembilan pusat pemindahan sementara (PPS) telah ditutup, meninggalkan hanya 14 PPS yang masih beroperasi di dua negeri.

Perak dan Kedah terus mencatatkan penurunan jumlah mangsa serta penutupan PPS, manakala Pulau Pinang telah menutup kesemua PPS kira-kira pukul 1 petang tadi.

Seramai 1669 mangsa masih berada di PPS ketika ini, berbanding lebih 5000 orang semalam yang terpaksa berlindung akibat banjir di kawasan sekitar.

Di Kedah, masih terdapat tujuh PPS beroperasi yang menempatkan 1072 mangsa daripada 309 keluarga di empat daerah terlibat iaitu Kota Setar, Kulim, Pendang dan Pokok Sena.

Sementara itu, di Perak seramai 597 mangsa masih berada di tujuh PPS sekitar daerah Larut, Matang dan Selama (LMS), Manjung, Kerian dan Perak Tengah, melibatkan 180 keluarga. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN