KL, beberapa negeri alami hujan lebat hingga 8 malam ini

KL, beberapa negeri alami hujan lebat hingga 8 malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kuala Lumpur dan kebanyakan negeri dijangka dilanda ribut petir, hujan lebat serta angin kencang hingga pukul 8 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, keadaan cuaca itu turut dijangka di Perlis; Kedah (Kubang Pasu, Baling, Kulim dan Bandar Baharu) serta Pulau Pinang (Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan).

MetMalaysia turut mengeluarkan amaran sama bagi beberapa daerah di Perak iaitu Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim).

Di Terengganu pula, daerah terlibat Besut, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun, manakala di Pahang, Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Pekan dan Rompin.

Keadaan sama diramal berlaku di Selangor membabitkan daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak dan Petaling serta Johor iaitu Mersing, Kulai dan Kota Tinggi.

Di Sarawak pula, daerah yang dijangka terjejas ialah Betong (Saratok dan Kabong), Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Belaga), Miri (Beluru, Telang Usan dan Marudi) dan Limbang manakala Sabah melibatkan bahagian Pedalaman (Tambunan) dan Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN