KUCHING: Seorang penagih dadah dituduh di Mahkamah Majistret hari ini, atas satu pertuduhan kerana mendera hingga mati seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun di sebuah rumah di Kampung Rampangi, di sini. Namun, tiada pengakuan direkodkan daripada lelaki berusia 32 itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nursyaheeqa Nazwa Radzali. Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mendera hingga mati mangsa yang merupakan anak teman wanitanya di sebuah rumah di Kampung Rampangi, kira-kira pukul…